Wednesday, September 19, 2007

Hadis Muslim

Firman Allah

Wednesday, July 4, 2007

How to "Think Success"

By Derek Gehl

If you have been subscribed to my newsletter for any length of time, you should be familiar with my hands-on, "how to" approach to Internet marketing and building a business online.

You may have also noticed that I rarely venture into the intangible, "emotional" side of being an entrepreneur.....

....But today I am going to venture into the uncharted territory known as the "Entrepreneurial Mind," in order to help solve a challenge that some of you have described on my blog as the #1 problem currently holding you back.

I think Jeff said it best:

"My biggest problem right now rests squarely between my ears. It's learning to accept the fact that it's OK to succeed."

Now this may seem like a paradox... But I did a little research on the subject and discovered this is a serious problem that psychologists have been studying since 1915, when Sigmund Freud wrote an essay called, "Those Wrecked by Success".

Freud noted the "surprising and even bewildering" tendency of some people to fall apart "precisely when a deeply rooted and long-cherished wish has come to fulfillment... as though they were not able to tolerate happiness.

"Turns out this is a serious problem that afflicts many entrepreneurs, destroying their chances of success before they've even started!

During my research, I came across story after story of entrepreneurs on the brink of success... employees on track for a huge promotion... and even businesspeople who had already achieved massive success -- subconsciously destroying everything they had worked so hard to accomplish.

Now, Jeff, I'm not going to get into the nitty-gritty "psycho babble" that could be used to explain what drives otherwise brilliant, hardworking people to self-destruct... I'll leave that to the professionals. But I will say this (and please note this is only my opinion)...

Awareness is probably your best medicine. If you are aware that you may be cursed with a self-defeating tendency to limit your own success, you need to consciously remind yourself that this tendency exists and develop a system to recognize it, avoid it, and extinguish its power over you.

So what would such a system look like? Simple... here are three steps you can take to 'let yourself succeed'...

1. Envision what success means to you -- then get it down on paper!

You don't have to write an essay. It can be an outline or a list of bullet points that describe what you want YOUR success to be like. Remember, success isn't just about money! It goes far beyond that. Your picture of success could include time with family, time enjoying your hobbies, time on vacation, etc.

2. Post your picture of success all over your home!

Place it in obvious places around your home, in your office, in your car, etc. Everyday you want to remind yourself of what you want your success to be like. It needs to be ingrained in your mind. Only then will it start to seem real -- and achievable -- to you.

3. Believe you can achieve it -- and live that belief every single day!

Ever since I was a teenager I knew what success looked like to me and since then I have never looked back. That doesn't mean I had the highest grades in high school (far from it, to tell you the truth)... nor did I skip any college parties to study (even when I probably should have!)

Instead, I knew what my success looked like, and I jumped on every opportunity that came my way in order to achieve that success. I took risks, constantly stepping out of my comfort zone, and I never once let myself fall into the trap of believing that I might not achieve it.

Now, Jeff, I am not a psychologist, but I can tell you that chronic self-defeatism is a real problem. If you are going to be successful, you need to train your mind to allow yourself to envision your success, believe in it, and act on any opportunities that come your way -- so you can achieve it!

You can have the best strategies in the world but if you don't believe in yourself, then you'll never apply them. And you'll never let yourself succeed.

Jeff, please don't fall into that trap!

For more information on this subject, here's a great article I found on the CNN Money website:

http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_archive/1996/07/08/214330/index.htm

This article definitely goes into more detail than I am qualified to give. Hopefully it will help you overcome yet another obstacle in your quest for online success!

Monday, May 21, 2007

Check out my Guestbook!

Sunday, May 13, 2007

Tip 14 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Empat Belas

Akhir sekali setelah segala daya usaha, kekuatan dan keupayaan digunakan secara maksimum, maka perkasakan diri dengan bertawakkal kepada Allah SWT. Ini bermakna, penyerahan 'total' kepada Allah SWT dilakukan setelah dipergunakan sepenuhnya tenaga dan kekuatan yang ada dan setelah masalah dan cabaran di atasi sepenuhnya.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Friday, May 11, 2007

Tip 13 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Tiga Belas

Akur kepada peraturan, arahan dan undang-undang (obey the rules & regulations, directives & laws) dalam melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu, selama mana ianya tidak bercanggah dengan tuntutan syarak untuk mencapai keredhaan diri (self-satisfaction), keredhaan orang lain (people satisfaction) dan yang lebih utama keredhaan Allah SWT (Allah satisfaction).

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Thursday, May 10, 2007

Tip 12 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Dua Belas

Gantikan pemikiran negatif (negative thinking) dengan pemikiran positif (positive thinking):

Terdapat orang yang dihanyutkan oleh desakan kawan dan rakan. Kata mereka, tak payahlah nak susah-susah, dah banyak dah orang tak berjaya melakukan perkara tersebut. Yang berjaya pun tidak diberi ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan pemikiran negatif. Sebaliknya, gantikan dengan pemikiran positif dengan berkata, "Mungkin orang ini belum lagi menggunakan semaksimum mungkin kekuatan-kekuatan yang dimilikinya. Mungkin orang itu tidak membuat persediaan bagaimana menghadapi masalah dan cabaran-cabaran. Mungkin dia sahaja yang menganggap kejayaan itu besar sedangkan ianya tidak seberapa".

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Wednesday, May 9, 2007

Tip 11 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sebelas

Lihatlah kegagalan sebagai suatu langkah ke hadapan ke arah kejayaan:

Setiap orang mesti ambil i'tibar dari kegagalan diri sendiri dan kegagalan orang lain. Cari punca dan sebab-sebabnya. Atasi sebab-sebab tersebut satu persatu, walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi hasilnya amat membanggakan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Tuesday, May 8, 2007

Tip 10 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sepuluh

Hapuskan gambaran kegagalan:

Sebaliknya gambarkan kejayaan, perkasakan diri dengan semangat juang. Bandingkan prestasi diri kita dengan kejayaan orang lain. Bagaimana mereka merangka sesuatu, melaksana dan menjayakannya dan bagaimana pula mereka bercita-cita mempertahankannya pada masa hadapan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Monday, May 7, 2007

Tip 9 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sembilan

Hadapi cabaran dengan minda yang terbuka:

Cabaran hendaklah dianggap sebagai asam garam hidup. Hadapinya dengan minda yang terbuka, yakni hadapilah ia seadanya dengan penuh yakin bahawa ianya boleh di atasi. Mungkin orang lain menghadapi cabaran yang lebih besar daripada cabaran yang sedang kita hadapi, namun disebabkan kekentalan semangatnya akhirnya cabaran besar itu dapat diatasi.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Sunday, May 6, 2007

Tip 8 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Lapan

Kekalkan perspektif anda:

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam mempengaruhi apa yang akan anda lakukan besok hari. Pemikiran dan emosi seseorang janganlah terlalu sangat membangkitkan semula 'nostalgia hitam yang menyakitkan' pada masa lalu kerana ia boleh mengganggu kepada tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan sekarang dan pada masa akan datang. Amalkan 'look forward' dan jangan 'look-backward'.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Saturday, May 5, 2007

Tip 7 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Tujuh

Jangan terperangkap dengan jerat masa:

Pilihlah dalam melakukan sesuatu mengikut hirakinya. Utamakan yang mesti dan perlu (the essentials / al-dharuriyyat), kemudian yang perlu tetapi tidak mesti (the necessaries / al-hajiyat) dan kemudian yang merupakan penambahan atau pengindahan sahaja (embellishment / al-tahsiniyyat).

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Friday, May 4, 2007

Tip 6 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Enam

Setiap kali diheret kepada pengalaman yang mencabar atau pahit, berikan segera pengubatan:

Ini bermakna, jika berhadapan dengan cabaran, pinta nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang boleh dipercayai. Jangan pendamkan di dalam hati kerana sesuatu yang terbuku di dalam hati, akhirnya akan pecah (seperti time-bomb) dan mendatangkan kemudaratan besar terhadap diri, bahkan mungkin orang lain.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Thursday, May 3, 2007

Tip 5 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Lima

Gambarkan matlamat hidup anda:

Khayalkan anda sedang menempuh laluan yang sukar yang membimbangkan dengan penuh rasa mampu dan yakin. Manusia di ibaratkan dalam hidup ini seperti seorang nakhoda kapal merentasi lautan yang bergelora menuju ke sebuah pulau cita-cita. Walaupun dalam lautan tersebut, terdapat ribut taufan, batu karang, paus dan jerung, namun dengan keyakinan dan pengalaman nakhoda tersebut akhirnya akan sampai juga ke pulau cita-cita dengan selamat

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Wednesday, May 2, 2007

Tip 4 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Empat

Kentalkan kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri:

Mungkin perlu dibuat badingan dengan orang lain. Misalnya, katakan pada diri, kalau orang lain boleh jayakan sesuatu, kenapa aku tidak boleh?, sedangkan aku lebih ada kelebihan dan kekuatan dari orang tersebut. Tanamkan cita-cita untuk mencapai kejayaan melalui pergerakan dari 'good', kepada 'better', kepada 'best' dan 'excellent'.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Tuesday, May 1, 2007

Tip 3 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Tiga

Jangan merubah prestasi cemerlang diri anda kerana ingin menyenangkan hati orang lain. Misalnya, anda tidak perlu mengemukakan soalan seperti jika kawan baik aku dapat prestasi gred 'B', kenapa aku perlu mendapat 'A'. Jangan amalkan budaya 'cukup makan' dalam pengajian, pekerjaan dan sebagainya.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Monday, April 30, 2007

Tip 2 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Dua

Ambil maklum tentang pencapaian diri anda:

Buat suatu pengukuran (check and balance). Misalnya, dalam hubungan dengan Allah SWT, dengan suami dan isteri, dengan anak-anak, dengan masyarakat bahkan dengan negara. Apakah berapa sekadar di tahap 'rasa wujudnya pergantungan jiwa', atau berada di tahap 'rasa pengawasan', atau berada di tahap 'rasa takut', atau berada di tahap 'rasa cinta' atau berada di tahap paling puncak iaitu 'rasa ketenangan jiwa'.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Sunday, April 29, 2007

Tip 1 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip satu

Kenali diri anda:

Kenali apakah kekuatan-kekuatan yang anda miliki (fizikal, mental, spritual, emosional bahkan mungkin kewangan 'financial'). Apakah kelemahan-kelemahan yang anda hadapi? Apakah cabaran-cabaran yang anda hadapi? Apakah peluang-peluang yangg masih terbuka? Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai? dan Apakah strategi-strategi yang harus dirangka dalam penambahbaikan diri?.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi