Friday, May 11, 2007

Tip 13 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Tiga Belas

Akur kepada peraturan, arahan dan undang-undang (obey the rules & regulations, directives & laws) dalam melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu, selama mana ianya tidak bercanggah dengan tuntutan syarak untuk mencapai keredhaan diri (self-satisfaction), keredhaan orang lain (people satisfaction) dan yang lebih utama keredhaan Allah SWT (Allah satisfaction).

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Thursday, May 10, 2007

Tip 12 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Dua Belas

Gantikan pemikiran negatif (negative thinking) dengan pemikiran positif (positive thinking):

Terdapat orang yang dihanyutkan oleh desakan kawan dan rakan. Kata mereka, tak payahlah nak susah-susah, dah banyak dah orang tak berjaya melakukan perkara tersebut. Yang berjaya pun tidak diberi ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan pemikiran negatif. Sebaliknya, gantikan dengan pemikiran positif dengan berkata, "Mungkin orang ini belum lagi menggunakan semaksimum mungkin kekuatan-kekuatan yang dimilikinya. Mungkin orang itu tidak membuat persediaan bagaimana menghadapi masalah dan cabaran-cabaran. Mungkin dia sahaja yang menganggap kejayaan itu besar sedangkan ianya tidak seberapa".

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Wednesday, May 9, 2007

Tip 11 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sebelas

Lihatlah kegagalan sebagai suatu langkah ke hadapan ke arah kejayaan:

Setiap orang mesti ambil i'tibar dari kegagalan diri sendiri dan kegagalan orang lain. Cari punca dan sebab-sebabnya. Atasi sebab-sebab tersebut satu persatu, walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi hasilnya amat membanggakan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Tuesday, May 8, 2007

Tip 10 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sepuluh

Hapuskan gambaran kegagalan:

Sebaliknya gambarkan kejayaan, perkasakan diri dengan semangat juang. Bandingkan prestasi diri kita dengan kejayaan orang lain. Bagaimana mereka merangka sesuatu, melaksana dan menjayakannya dan bagaimana pula mereka bercita-cita mempertahankannya pada masa hadapan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Monday, May 7, 2007

Tip 9 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sembilan

Hadapi cabaran dengan minda yang terbuka:

Cabaran hendaklah dianggap sebagai asam garam hidup. Hadapinya dengan minda yang terbuka, yakni hadapilah ia seadanya dengan penuh yakin bahawa ianya boleh di atasi. Mungkin orang lain menghadapi cabaran yang lebih besar daripada cabaran yang sedang kita hadapi, namun disebabkan kekentalan semangatnya akhirnya cabaran besar itu dapat diatasi.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Sunday, May 6, 2007

Tip 8 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Lapan

Kekalkan perspektif anda:

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam mempengaruhi apa yang akan anda lakukan besok hari. Pemikiran dan emosi seseorang janganlah terlalu sangat membangkitkan semula 'nostalgia hitam yang menyakitkan' pada masa lalu kerana ia boleh mengganggu kepada tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan sekarang dan pada masa akan datang. Amalkan 'look forward' dan jangan 'look-backward'.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi