Wednesday, May 9, 2007

Tip 11 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sebelas

Lihatlah kegagalan sebagai suatu langkah ke hadapan ke arah kejayaan:

Setiap orang mesti ambil i'tibar dari kegagalan diri sendiri dan kegagalan orang lain. Cari punca dan sebab-sebabnya. Atasi sebab-sebab tersebut satu persatu, walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi hasilnya amat membanggakan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Tuesday, May 8, 2007

Tip 10 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sepuluh

Hapuskan gambaran kegagalan:

Sebaliknya gambarkan kejayaan, perkasakan diri dengan semangat juang. Bandingkan prestasi diri kita dengan kejayaan orang lain. Bagaimana mereka merangka sesuatu, melaksana dan menjayakannya dan bagaimana pula mereka bercita-cita mempertahankannya pada masa hadapan.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Monday, May 7, 2007

Tip 9 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Sembilan

Hadapi cabaran dengan minda yang terbuka:

Cabaran hendaklah dianggap sebagai asam garam hidup. Hadapinya dengan minda yang terbuka, yakni hadapilah ia seadanya dengan penuh yakin bahawa ianya boleh di atasi. Mungkin orang lain menghadapi cabaran yang lebih besar daripada cabaran yang sedang kita hadapi, namun disebabkan kekentalan semangatnya akhirnya cabaran besar itu dapat diatasi.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Sunday, May 6, 2007

Tip 8 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Lapan

Kekalkan perspektif anda:

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam mempengaruhi apa yang akan anda lakukan besok hari. Pemikiran dan emosi seseorang janganlah terlalu sangat membangkitkan semula 'nostalgia hitam yang menyakitkan' pada masa lalu kerana ia boleh mengganggu kepada tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan sekarang dan pada masa akan datang. Amalkan 'look forward' dan jangan 'look-backward'.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Saturday, May 5, 2007

Tip 7 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Tujuh

Jangan terperangkap dengan jerat masa:

Pilihlah dalam melakukan sesuatu mengikut hirakinya. Utamakan yang mesti dan perlu (the essentials / al-dharuriyyat), kemudian yang perlu tetapi tidak mesti (the necessaries / al-hajiyat) dan kemudian yang merupakan penambahan atau pengindahan sahaja (embellishment / al-tahsiniyyat).

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Friday, May 4, 2007

Tip 6 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Enam

Setiap kali diheret kepada pengalaman yang mencabar atau pahit, berikan segera pengubatan:

Ini bermakna, jika berhadapan dengan cabaran, pinta nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang boleh dipercayai. Jangan pendamkan di dalam hati kerana sesuatu yang terbuku di dalam hati, akhirnya akan pecah (seperti time-bomb) dan mendatangkan kemudaratan besar terhadap diri, bahkan mungkin orang lain.

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi

Thursday, May 3, 2007

Tip 5 - Bagaimana Caranya Untuk Mencapai Kecemerlangan Diri

Tip Lima

Gambarkan matlamat hidup anda:

Khayalkan anda sedang menempuh laluan yang sukar yang membimbangkan dengan penuh rasa mampu dan yakin. Manusia di ibaratkan dalam hidup ini seperti seorang nakhoda kapal merentasi lautan yang bergelora menuju ke sebuah pulau cita-cita. Walaupun dalam lautan tersebut, terdapat ribut taufan, batu karang, paus dan jerung, namun dengan keyakinan dan pengalaman nakhoda tersebut akhirnya akan sampai juga ke pulau cita-cita dengan selamat

Tazkirah Sebelum Jumaaat (27hb. April 2007)
Oleh: Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi